+Follow
Bubble Glitters
Team Gengster punya Cerita ★
Rabu, 5 Disember 2012, 9:30 PTG , 0 Bubbles



Pagi yang suram disirami dengan mood ibu jari ke bawah jejari mula malas menaip tapi apakah daya aku tidak tahu untuk berbuat apa hanya Blog sahaja di depan mata.
Cewah cewah nampak tak permainan dia ? sastera je lebih . Haha . * krik krik *
Cuti sekolah ni aktiviti aku Pegang Kamera eh eh macam tak biasa pula . Hari tu 16.11.2012 aku , aiman nasiruddin , cikgu afyudin and cikgu fitri handle Majlis Pernikahan Cikgu Hashim & Cikgu Fazlinda untuk gambar okay bukan untuk makanan aku tahu aku kuat makan ngehehe .




Setelah beberapa hari menyepi tanpa kamera kawan aku yang bernama Nur Fatin Nabila dan Nur Aqeelah pun berkata " Aina , bila nak Photoshoot ? " Apa lagi aku suruh diorang plan semuanya lepastu terus okay pergi , APA PERGI ! ? PERGI ? * sambil mendengar lagu pergi by aizat * Cer teka pergi mana ? duduk pun dekat banting tempat paling gilang gemilang dekat Paris je kowt . Hahaha Paris ? * mohon muntah *
5.12 .2012 aku dengan murni pun bertolak pergi ke rumah Fatin untuk kami bersama terbang ke Paris . Apahal macam poyo sangat ni ? maafkan saya lek lu lek lu .
Pagi yang comel hari yang girang si Fatin ni berkata " Aina , meh sini aku pakaikan kau Eyeliner " dan si Qeela pun bersuara " Fatin , makeup kan aina aku nak tengok muka dia macam mana ... mesti cantik .. auwwww " Aku bermonolog " Habis ... Habislah aku ... Hahaha " Fatin pun dah siap pakaikan aku ayeliner . Aqeela dengan Murni mula menyibuk nak tengok muka aku macam mana yang lawaknya aku pun tak percaya itu aku lol ini menakutkan . Qeela bersuara lagi " Fatin , pakaikan aina lipstick !!! " 
Aku bermonolog lagi " wah , qeelaaa ni ..... kang tergoda orang tengok aku Hahaha " * perasan *



Fatin pun cakap lah dekat aku lek lu aina lipsetip ni ikut warna darah . Aku pun okay je Hahaha aku semua benda kata okay lol perasan tak ? Sekali Ambik Kau ! tersama muka dengan Ainan Tasneem pula Haha okay ini kelakar tapi sama ke ? *krik krik * gua sepet seket lah , mata dia gedabak besar cantik pula tu . Sebelum nak pergi Paris tu pun kami bergambar lah seket gila tak biasa perempuan lah katakan lepastu bertolak ! Tadaaa teka ini dekat mana ? Hehehe . Dari kiri Aqeelah , Fatin dan Murni



Bermula lah Sesi Photoshoot yang tak berseni dan mengambil secara main main gitu dan Akhirnya kamera buat HAL :O SUMPAH SEDIH . Inilah Hasil dari Kamera Nikon D60 gambar blah kanan atas tu tersalah Iso pula terterang terus aku tak edit gamba okay .






Pssst psst * bisik bisik * nak tahu Fakta pasal diri Nur Aqeela Aka Miz Eyla Dania tak ? dia seorang kawan yang terlalu ceria tahap gaban kalau dia Gelak mak oi rasanya macam bukan dia , korang pun boleh mengucap kalau dengar . Dia terer subject Math dalam masa yang sama dia pun 2 x 5 dengan aku selalu gagal , kadang kadang orang tengok dia macam sombong , jahat , poyo dan lain lain tapi dia ada hati yang baik selalu bersabar dia selalu pesan banyak benda baik tapi aku dah lupa Hahaha yang best tu pesanan tu dari mak dia . Gedik manja tu memang ada dalam diri dia sebab dia anak bongsu , faham fahamlah perangai anak bongsu ni lagi lagi dia anak perempuan atas dia lelaki dua adik beradik je .

Fakta pasal diri Nur Fatin Nabila Aka Sis Atin Doolittle pula aku dah berkawan dengan dia dari sekolah rendah Woohoo , Setia tak kami ? Muahaha Si atin ni dulu minat kartun animex siap lukis lukis lagi semua lukisan kartun dia cantik sangat sampai sekolah menengah ni dia minat fashion pula . Bila sebut pasal fashion ni tanyalah dia dengan Miz Eyla Dania memang diorang Ratu Fashion , kalau bandingkan mereka dengan kawan kawan yang lain ramai yang ingatkan diorang umur 20 tahun kalau nak tahu Atin ni jenis terus terang orangnya dia lantak apa orang nak kata apa yang penting dia terus terang . Nak tengok blog dia tak ? ni dia Yezzza carik sendiri hehe Okay nak tengok gamba dari IPhone 4s pula tak ? Jom Terjah !





Macam Filem Ombak Rindu kan ? Wah Wah ! HDR The BEST (Y) macam Puteri turun dari kayangan pun ada juga bak kata Siti Murni Haha . eh eh Murni ? Fakta pasal diri Siti Murni pula , aku dah berkawan dengan dia dari sekolah rendah darjah 2 Sk Bandar Banting . Masa sekolah rendah dulu dia gemok sangat pipi macam pau bila dah naik sekolah menengah jadi keding pula dia , ramai yang tertanya tanya mana pergi lemak dia yang dulu ? siapa yang tak tertanya tanya kan ? dulu cikebum cikebum sekarang cikedes cikedes , aku pernah tanya dia " asal kau kurus tiba tiba ? " dia pun jawab dia sendiri pun tak tahu :O aku pun sakatlah dia maybe hantu makan lemak kau kowt hahaa takut dia dengar . Persamaan Siti Murni , Aqeela dan Fatin ialah mereka bertiga adalah anak bongsu . Aku seorang je anak Sulong :( tak geng dengan mereka , apahal terpoyo pula ni ? dahlah tadi terlanggar kipas berdiri muahahaha nasib baik tak patah .




Lepas dah penat pergi makan pula Aummm aku minum cendol sedap ! Qeela , Murni , Fatin makang makang dan jangan lupa sebelum makan tu upload gambar dekat facebook dulu Haha trend agaknya . Jangan lupa baca doa makan pula " Bismillahirrahmanirrahim " lepas makan ? kami buat apa ? Makan lagi makan aiskrim ngehehe makin gemoklah time cuti sekolah ni . Masa kiteorg beli aiskrim budak kecik yang tolong jaga kan kedai , budak tu boleh pula bergurau senda dengan kiteorg dia kata harga Aiskrim tu " RM 15 " Aqeelah bermonolog " Bapak mahal " Aku cool je bayar jela kan lepastu budak tu kata main mainlah mahal sangat " RM 15 " gua pun cakap dengan selamba badak je " eh kene kang budak ni , aku dah gelabah pula "

Akhir sekali kami pulang dengan gembira dan beritahu keluarga kami apa yang menarik di Paris * mohon muntah * eh eh gua tak main ayat sekolah rendah ni . Haha okay itu je Raksasa Rabun nak cerita , maafkan saya kalau tatabahasa tak betul BM aku dapat B+ kalau ada tersilap cakap atau taip faham fahamlah selalu sebelum tulis otak kata lain tangan tertaip ayat lain pula . Apa kejadahnya aku ni ? merapu beno .



Assalamualaikum 




<--Older Post | Newer Post-->