+Follow
Bubble Glitters
Dia Sahabat Dia Teman . Kasihanilah Dia . ★
Sabtu, 21 September 2013, 5:08 PG , 0 Bubbles



Dahulu dia mempunyai 2 orang sahabat yang sangat setia ketika susah dan senang . 
Dia lemah . 
Dia kecil . 
Dia kurang kasih sayang tapi dia kuat kerana ada 2 orang sahabat yang selalu berada disisi . Dia menceritakan masalah kepada sahabatnya . Sahabatnya sangat mengerti tentang kehidupannya . Seorang sahabatnya berkata kepadaku " Hidup 'dia' sangat susah macam macam masalah dia terima , masalah kewangan masalah keluarga aku lebih memahami 'dia' daripada kau " 
Aku mengerti aku diam " Oh yaa . ketika dia susah dan senang kau ada oh takpa ." 
Aku harap persahabatan mereka hingga syurga . 
Kehidupannya penuh dengan masalah . 
Dia bertahan untuk menerima semua itu . 
Dia juga menderita dalam diam , dia juga berharap kawannya memahami dia . 
Dia kuat berusaha walaupun dia tak mampu . 
Dia sedar dirinya kurang didikan agama sekarang dia masih mencari dirinya . Dalam kekeliruan , dia mencari agamanya berseorangan . 
Dia ingin berubah kerana dia tahu hidupnya dahulu begitu kekurangan . 
Dia berharap sahabat bersamanya . 
Dia sudah tiada bapa , kini dia sangat lemah hampir setiap hari dia menangis . Ibunya juga sering memarahi tanpa sebab mungkin ibunya terlalu sedih atas pemergian bapanya . 
Dia sunyi dia tak kuat lagi . Dia melihat 2 orang sahabatnya begitu sempurna . Dia gembira . Dia juga ingin kebahagiaan dan kasih sayang . 
Dia ingin mengenali rakan rakan yang tidak pernah dia kenali . Dalam doa , dia selitkan nama nama sahabatnya . 
Dia terlalu sayang akan sahabatnya TERLALU . Tetapi kini 2 orang sahabatnya meninggalkan persahabatan mereka begitu sahaja . Sahabatnya kecewa kerana ' dia ' tidak menghargai jasanya . Sahabatnya juga terasa hati tetapi sahabatnya perlu mengerti ' Dia ' sekarang ada siapa ? Hanya Allah , Keluarga dan Sahabat . Keluarganya juga kadang kala tidak memahaminya , sumber kekuatan dia adalah dari Seorang SAHABAT . 
Dia sangat menyayangi Seorang dari Dua orang Sahabatnya . Tapi sayang sahabat ingin ' Dia ' lebih memahaminya . Sahabatnya sepatut lebih memahami ' Dia ' kerana kita boleh lihat hidup siapa lebih sempurna . Dia juga rasa bersalah atas perbuatannya dia meminta maaf tetapi tiada respon dari sahabatnya dia menangis . Dahulu sahabatnya berkata kepadaku " Dia sebagai sahabat rapat lebih memahami 'dia' daripada aku " . Tetapi sekarang tidak , perlukah aku memahami ' Dia ' ?


 " Selemah-lemah manusia ialah manusia yang tidak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari " - Saidina Ali .








Sesi Fotografi pada Bulan Puasa . ★
Jumaat, 12 Julai 2013, 4:00 PG , 0 Bubbles



Sesi Fotografi pada Bulan Puasa ? penat memang
penat tapi masing masing seronok dapat buat kerja Ohyeahh . Angkat bangku angkat meja angkat kepala angkat tangan semua ada . malas nak cerita
lagi kbye .












Tahun depan tinggal kenangan ★
, 3:33 PG , 0 Bubbles
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera .
Eeee lama betul tak update blog banyak gila aku nak cerita tapi tak tahu nak cerita macam mana .
Orang kata " tak perlulah nak cerita semuanya " okay aina lek lu . 
Cerita hari ini dan semalam punya semalam jiran kepada semalam tak sama jadi lebih baik cerita yang aku punya suka lah . Hahaha bajet gila . Dekat blog ni memang kena bercerita je ke ? ceh . Hah baru baru ni Pertandingan Fotografi Minggu Pusat Sumber Sekolah aku menang lagi yeah ! Hadiah Pertama RM 50 , Hadiah Kedua RM 30 , Hadiah ketiga RM 20 dan Hadiah Keempat kau boleh nyah dari sini Hihi . Terima kasih kepada model model buku tanpa korang aku tak menang kowt Kahkahkah korek hidung kejap ahhh . 



Sebenarnya ada banyak gambar tapi aku hantar dekat cikgu gambar ni je . Syarat utama pertandingan ni GAMBAR mestilah TANPA EDIT . OMG ! mencabar bukan ? aku bantai kerja kan kamera , ubah semua dalam kamera tu . Yang bestnya aku paksa semua kawan aku baca buku sampai tension diorg . Sekarang aku dan ahli kelab fotografi tengah busy dengan Sesi Fotografi Kelas / Kelab / Persatuan / Permainan sampai berbelang muka " Takpe , kami redha " . Macam tak percaya je tahun depan dah tak sekolah pastu kan mesti teringat kenangan dengan kawan kawan huuu . Kawan kawan aku kalau setiap hari tak sakat aku tak sah ada je benda diorg nak kenekan aku dekat kelas lagi ler . Hari tu cikgu sains cerita perbelanjaan masa depan blaaa dan blaaa banyaklah cerita pastu cikgu kata kalau sekarang buat pape something yang penting mestilah ada jurugambar so banyak benda guna dengan duit laa blaaa blaa kan . Si Aisyah pula jerit " Alaaaa cikgu , juju kan ada ! juuuu nanti aku kahwin kau jadi photographer aku tau " Budak lain pun sibuk " weyy , aku pun ! jangan lupa " . Sorang demi sorang cakap benda yang sama . aku " ada duit ada jurugambar apa macam ? " sambil angkat kening . Pastu masa Cikgu bm cerita pasal jerawat budak budak kelas aku " ainaaaa ainaaaa " aku cam mangkus hanyuns diorg ni asyik sakat aku je lagi lagi geng ayam kicap . Ye laa dulu muka aku mana ada jerawat ohh so sad tapi aku tak heran pun kalau orang cakap jerawat ke apa sebab aku memang tak heran muahaha . 



Untuk Kita Pendosa ★
Sabtu, 8 Jun 2013, 3:05 PG , 0 Bubbles
Selamat Tinggal Nur Syahirah . ★
Sabtu, 1 Jun 2013, 4:28 PG , 0 Bubbles

Assalamualaikum
                  Hmmm ,dah 15 Hari Arwah Nur Syahirah bt Zakuan Meninggalkan kita semua
            semoga rohnye dicucuri rahmat dan ditempatkn dikalangan org yg beriman...amin..
Al-Fatihah .





Jumaat , 17 Mei 2013 , 8 malam 
* Baru balik dari tuisyen *

Mak : Juuuu ... tadi ada kawan kau call dia kata caca pengsan dekat tempat tuisyen mulut        dia keluar buih buih sekarang dia dekat ICU Klang .

Aku : Apa ni ?  Kenapa ? tiba tiba ? * blur *

* Bunyi Handphone * From Sabrina
Sabrina : Aina ...... kau tahu kan pasal caca ? dia sekarang dekat ICU * sambil nangis nangis *

Aku : Haaa tahu tahu . Dia kenapa sebenarnya ?

Sabrina : Tadi nisa yang call aku dia kata Caca pengsan tiba tiba dekat tempat tuisyen then mulut dia keluar buih buih itu nisa cakap .

Aku : Ohh , dia keracunan makanan kowt . Hmmmm ...

Sabrina : Hmmm... Tak mungkinlah . Kau ingat tak kisah pasal arwah abang dia tu ?

Aku : Hmmm .. tak , aku lupaaa .

Sabrina : Abang dia kan meninggal mulut keluar buih buih jugak ? ingat tak ? aku takut weyy .. aku sayang dia .

Aku : Berdoa je lah . aku pun tak sangka tiba tiba dapat berita mengejut ni .

Sabrina : Hmmm , okay .. kalau kau nak pergi tengok dia cakap tau . Assalamualaikum
Lepas aku letak handphone . Nisa pula call

Nisa : Ainaaaaaaaaa.... kau tahu tak caca pengsan betul betul sebelah aku sandar dekat bahu aku semua benda aku tengok dia masuk hospital doktor check dia ... Ya Allah .. * nangis *

dia pengsan masa nak start belajar. Time tu tengah hulur ubat kat dia then dia terus rebah kat bahu.

Aku : Hmmmm .... Sabar nisaaaaa . Sabrina baru call aku tadi , aku lepas balik tuisyen terus dapat berita macam ni .. sedihnyaaaa ....

Nisa : Ainaaaa , aku nak cerita tapi aku tak boleh tahan nangis ni . Byeeeeee .

Ya Allah , aku betul betul terkejut lepas dapat tahu berita ni macam tak percaya je pagi tadi  time dekat sekolah kiteorang sama sama jawab kertas peperiksaan ekonomi asas tetiba petang dalam pukul 3.30 petang dia pengsan lepastu masuk ICU . Kira kali terakhir aku bercakap dengan dia lepas habis exam sambil tu aku tunjuk lukisan spontan aku yang buruk gila sangat , aku memang tak reti lukis.




Aku : Weyy , cantik tak ? *angkat kening *

Caca : Hahahahah takde keje , Buruk lahhh :p



Pukul 8 lebih Malam , aku capai handphone aku online facebook kowt kowt ada berita baru ke lepastu Nor khamsatun aka Ceam ada post something dekat group kelas . Ceam dapat tahu semua daripada keluarga Caca sebab diorg berjiran .


lepastu ceam , sabrina n nisa bagi cadangan nak melawat caca ajak guru kelas sekali .
dah bincang dengan cikgu , cikgu on je . 

* Bunyi handphone *

Ceam : weyy , aina ! Caca disyaki ada pendarahan otak sebelah kanan . Kemungkinan akan dibawa ke hospital sg buloh .

Aku : Hmmm macam mana nak melawat dia ?

Ceam : cuba bincang dengan cikgu balik .

Aku : cikgu kata tunggu esok ( Sabtu ) tengok macam mana keputusannya . Kalau kritikal sangat kita pergi melawat dia hari ahad .

Ceam : Hmm dia dah kritikal sangat ...
Aku sms sabrina . Aku tanya dia apa puncanya Caca jadi macam tu ? Sabrina kata Dah 5 doktor pakar check tak tahu apa puncanya lepastu check lagi sekali katanya ada pendarahan otak .


Sabtu , 18 Mei 2013 .







 Aku lepas tengok post ceam rasa macam lega seket tapi bila aku tanya ceam macam mana keadaan caca aku ingat caca dah okay lah kan . Ceam kata taktahu .

Lepastu aku tanya kawan aku Intan macam mana keadaan caca dia balas .....





2.30 pagi , Ceam Call .

 Ceam : Aina ...... aku tak main main tau ........ Caca dah takde ...... * nangis sekuat hati *


Aku dalam keadaan nak tidur terus tersedar : Apaaaaaaaa !!! Betul ke ? 

Ceam : Ye ... aina ... Caca dah takde .


Aku terus menangis teruk teruk habis sebab aku tak sempat jumpa dia . Ye lah , esoknya plan nak melawat dia tiba tiba 2.30 pagi tu terus dapat tahu dia dah meninggal :(

Cuba korang bayangkan kawan rapat korang yang bergelak berguling bersama sama bajet buat muka comel poyo tiba tiba hilang dari pandangan korang ? Serious tak sangka dia dah takda .


Ahad , 19 Mei 2013 . 


TAPI

Petanda Masa Arwah Caca Nak Pergi tu ADA .



Seminggu Sebelum Caca Meninggal .


Sabtu , 4 Mei 2013 . Masa Rombongan Pesta Buku .


Caca : Aina aina ... jom temankan aku cari buku sekejap .

Aku : haaa  okay . Amirah ! jom temankan caca .

Cari cari buku , aku pun  tak tahu caca nak cari buku apa sebab aku tahu dia minat Novel remaja je .

Caca : Haaaaaaa ! Aina aku dah jumpa buku yang aku nak tu . Taaaadaaa !! * sambil tunjuk buku yang dia nak beli * Hmmm duit aku sebenarnya tak cukup jadi kena pilih satu je lah .


Antara tajuk tajuk buku yang caca tunjuk dekat aku pasal Syurga , Neraka dan Alam Bakzarh .


Aku & Amirah : Serentak pandang antara satu sama lain . Entah kenapa aku jadi rasa tak sedap hati pula tapi bagi aku hmm biarlah dia nak beli buku macam tu  apa salahnya .

Amirah : Hmmm .. aina kenapa caca pilih buku tu nyee ?

Aku : Aku pun tak tahu lah . Dia selalu suka novel je .

Caca : Buku buku tadi aku dah letak balik hehehe tapi aku betul betul dah jumpa buku yang aku nak beli . Ni dia " Perempuan ke Neraka "

* Tajuk buku tu lebih kurang macam tu *

Aku & Amirah : Huusshhhh !!! * pandang antara satu sama lain lagi * masing masing rasa tak sedap hati . Aku ingat aku sorang je rasa tak sedap hati rupanya Amirah Aqilah pun sama .


Caca : Aku ingat aku nak beli satu buku lagi lah sebab sejak kebelakangan ni hati aku rasa tak tenang .

Aku : Okay , Belilah buku ni Zikir Penenang Hati .

Caca : aku dah ada daaa . Ainaaa.... kau patut beli buku ni pasal perkahwinan .

Aku : Kentut betul , sempat lagi nak kenekan aku . Hahaha .


Selepas balik dari Pesta Buku 


Isnin , Selasa , Rabu , Khamis , Jumaat 

Fuh , betul betul lah aku cakap lepas aku tengok caca beli buku tu . Aku terus rasa tak sedap hati lepastu aku asyik dapat mimpi buruk je .Entah kenapa aku asyik nak pandang Caca jeeee . Aku tengok muka dia memang lain rasa berseri seri ada pucat pun ada nak kata dia pakai bedak takda sebab dia memang cantik semulajadi . Tiba tiba aku rasa cam rindu dekat " someone " aku sempat cerita semua ni masa caca ada .

Sabrina , Nisa , Caca , aku berkumpul . Kira lepak lepak lah bual bual sekejap sementara cikgu tak masuk kelas lagi .

Aku : Weyy , sabrina kenapa aku tiba tiba mimpi kau gugur ? Pelik wey . Sangat sangat .

Sabrina : Hrmmm , aku pun pernah mimpi benda yang sama .

Aku : lepastu Aku rasa rindu dekat ' someone ' tapi tak tahu dekat siapa .

Sabrina dah terangkat angkat kening ingat aku rindu dekat crush aku ke ape . Nisa tersengih  sengih   , Caca pula dia fokus baca buku yang dia baru beli dari pesta buku .

Aku : Eleh , sabrina aku tak rindu dekat mana mana lelaki okay tapi ni lain .

Aku pun cam tertanya tanya lah , ape sebenarnya nak berlaku .

Caca : lepas exam nanti aku bawa buku tafsir mimpi kita baca sama sama ye dekat sekolah .

Aku , nisa , sabrina : Yeay ! okay .


Khamis , 18 Mei 2013 . Dekat Sekolah .

Khamis takde paper . Aku pemalas tak datang sekolah . Sabrina , Nisa n Caca sekolah .
Sabrina n Nisa kata Caca asyik cerita pasal Arwah abangnya je lepastu dia kata Dia Rindu Arwah Abangnya Dia nak cari abangnya lah macam macam dia cerita pasal arwah abangnya . Amirah Aqilah pula kata masa latihan Citrawarna petang , Caca ada kata " JANJI TAU KITA PELAJAR FORM 5 TAKKAN PERNAH TERPISAH " sambil pegang tangan masing masing .




Jumaat , 19 Mei 2013 . Exam Ekonomi Asas .

Aku still nak tengok caca lagi , caca pula senyum je dia pun cakap " Kau kenapa aina ? "
Aku " Takde pape , saje je tengok kau " muka dia berseri seri ke pucat ke aku memang tak tahu bezakan . Aku ingat aku sorang je tiba tiba nak tengok caca rupanya kawan sekelas aku Anis Adrianna pun sama . Anis kata " dia pun tak tahu kenapa sebelum balik dia nak tengok caca dulu " Hmm Anis pun pelik .


Itu Semua Kenangan




      Nisa , Moga kau tabah .
Aku tahu Nur Syahirah bt Zakuan Kawan paling Baik yang pernah kau ada .
Dialah kawan paling setia dengan kau :'(

Team Gengster punya Cerita ★
Rabu, 5 Disember 2012, 9:30 PTG , 0 Bubbles



Pagi yang suram disirami dengan mood ibu jari ke bawah jejari mula malas menaip tapi apakah daya aku tidak tahu untuk berbuat apa hanya Blog sahaja di depan mata.
Cewah cewah nampak tak permainan dia ? sastera je lebih . Haha . * krik krik *
Cuti sekolah ni aktiviti aku Pegang Kamera eh eh macam tak biasa pula . Hari tu 16.11.2012 aku , aiman nasiruddin , cikgu afyudin and cikgu fitri handle Majlis Pernikahan Cikgu Hashim & Cikgu Fazlinda untuk gambar okay bukan untuk makanan aku tahu aku kuat makan ngehehe .




Setelah beberapa hari menyepi tanpa kamera kawan aku yang bernama Nur Fatin Nabila dan Nur Aqeelah pun berkata " Aina , bila nak Photoshoot ? " Apa lagi aku suruh diorang plan semuanya lepastu terus okay pergi , APA PERGI ! ? PERGI ? * sambil mendengar lagu pergi by aizat * Cer teka pergi mana ? duduk pun dekat banting tempat paling gilang gemilang dekat Paris je kowt . Hahaha Paris ? * mohon muntah *
5.12 .2012 aku dengan murni pun bertolak pergi ke rumah Fatin untuk kami bersama terbang ke Paris . Apahal macam poyo sangat ni ? maafkan saya lek lu lek lu .
Pagi yang comel hari yang girang si Fatin ni berkata " Aina , meh sini aku pakaikan kau Eyeliner " dan si Qeela pun bersuara " Fatin , makeup kan aina aku nak tengok muka dia macam mana ... mesti cantik .. auwwww " Aku bermonolog " Habis ... Habislah aku ... Hahaha " Fatin pun dah siap pakaikan aku ayeliner . Aqeela dengan Murni mula menyibuk nak tengok muka aku macam mana yang lawaknya aku pun tak percaya itu aku lol ini menakutkan . Qeela bersuara lagi " Fatin , pakaikan aina lipstick !!! " 
Aku bermonolog lagi " wah , qeelaaa ni ..... kang tergoda orang tengok aku Hahaha " * perasan *



Fatin pun cakap lah dekat aku lek lu aina lipsetip ni ikut warna darah . Aku pun okay je Hahaha aku semua benda kata okay lol perasan tak ? Sekali Ambik Kau ! tersama muka dengan Ainan Tasneem pula Haha okay ini kelakar tapi sama ke ? *krik krik * gua sepet seket lah , mata dia gedabak besar cantik pula tu . Sebelum nak pergi Paris tu pun kami bergambar lah seket gila tak biasa perempuan lah katakan lepastu bertolak ! Tadaaa teka ini dekat mana ? Hehehe . Dari kiri Aqeelah , Fatin dan Murni



Bermula lah Sesi Photoshoot yang tak berseni dan mengambil secara main main gitu dan Akhirnya kamera buat HAL :O SUMPAH SEDIH . Inilah Hasil dari Kamera Nikon D60 gambar blah kanan atas tu tersalah Iso pula terterang terus aku tak edit gamba okay .






Pssst psst * bisik bisik * nak tahu Fakta pasal diri Nur Aqeela Aka Miz Eyla Dania tak ? dia seorang kawan yang terlalu ceria tahap gaban kalau dia Gelak mak oi rasanya macam bukan dia , korang pun boleh mengucap kalau dengar . Dia terer subject Math dalam masa yang sama dia pun 2 x 5 dengan aku selalu gagal , kadang kadang orang tengok dia macam sombong , jahat , poyo dan lain lain tapi dia ada hati yang baik selalu bersabar dia selalu pesan banyak benda baik tapi aku dah lupa Hahaha yang best tu pesanan tu dari mak dia . Gedik manja tu memang ada dalam diri dia sebab dia anak bongsu , faham fahamlah perangai anak bongsu ni lagi lagi dia anak perempuan atas dia lelaki dua adik beradik je .

Fakta pasal diri Nur Fatin Nabila Aka Sis Atin Doolittle pula aku dah berkawan dengan dia dari sekolah rendah Woohoo , Setia tak kami ? Muahaha Si atin ni dulu minat kartun animex siap lukis lukis lagi semua lukisan kartun dia cantik sangat sampai sekolah menengah ni dia minat fashion pula . Bila sebut pasal fashion ni tanyalah dia dengan Miz Eyla Dania memang diorang Ratu Fashion , kalau bandingkan mereka dengan kawan kawan yang lain ramai yang ingatkan diorang umur 20 tahun kalau nak tahu Atin ni jenis terus terang orangnya dia lantak apa orang nak kata apa yang penting dia terus terang . Nak tengok blog dia tak ? ni dia Yezzza carik sendiri hehe Okay nak tengok gamba dari IPhone 4s pula tak ? Jom Terjah !





Macam Filem Ombak Rindu kan ? Wah Wah ! HDR The BEST (Y) macam Puteri turun dari kayangan pun ada juga bak kata Siti Murni Haha . eh eh Murni ? Fakta pasal diri Siti Murni pula , aku dah berkawan dengan dia dari sekolah rendah darjah 2 Sk Bandar Banting . Masa sekolah rendah dulu dia gemok sangat pipi macam pau bila dah naik sekolah menengah jadi keding pula dia , ramai yang tertanya tanya mana pergi lemak dia yang dulu ? siapa yang tak tertanya tanya kan ? dulu cikebum cikebum sekarang cikedes cikedes , aku pernah tanya dia " asal kau kurus tiba tiba ? " dia pun jawab dia sendiri pun tak tahu :O aku pun sakatlah dia maybe hantu makan lemak kau kowt hahaa takut dia dengar . Persamaan Siti Murni , Aqeela dan Fatin ialah mereka bertiga adalah anak bongsu . Aku seorang je anak Sulong :( tak geng dengan mereka , apahal terpoyo pula ni ? dahlah tadi terlanggar kipas berdiri muahahaha nasib baik tak patah .




Lepas dah penat pergi makan pula Aummm aku minum cendol sedap ! Qeela , Murni , Fatin makang makang dan jangan lupa sebelum makan tu upload gambar dekat facebook dulu Haha trend agaknya . Jangan lupa baca doa makan pula " Bismillahirrahmanirrahim " lepas makan ? kami buat apa ? Makan lagi makan aiskrim ngehehe makin gemoklah time cuti sekolah ni . Masa kiteorg beli aiskrim budak kecik yang tolong jaga kan kedai , budak tu boleh pula bergurau senda dengan kiteorg dia kata harga Aiskrim tu " RM 15 " Aqeelah bermonolog " Bapak mahal " Aku cool je bayar jela kan lepastu budak tu kata main mainlah mahal sangat " RM 15 " gua pun cakap dengan selamba badak je " eh kene kang budak ni , aku dah gelabah pula "

Akhir sekali kami pulang dengan gembira dan beritahu keluarga kami apa yang menarik di Paris * mohon muntah * eh eh gua tak main ayat sekolah rendah ni . Haha okay itu je Raksasa Rabun nak cerita , maafkan saya kalau tatabahasa tak betul BM aku dapat B+ kalau ada tersilap cakap atau taip faham fahamlah selalu sebelum tulis otak kata lain tangan tertaip ayat lain pula . Apa kejadahnya aku ni ? merapu beno .



Assalamualaikum 




Betul ke Bohong ? ★
Isnin, 3 Disember 2012, 8:18 PG , 0 Bubbles
     

Orang kata " jika hendak mengenali seseorang hendaklah kenali hatinya bukan kerna Paras rupanya "



HAKIKATNYA

Manusia A : Kau tahu tak muka dia dekat Luar lain gila !!!

Manusia B : Ye ke ? betul ke weyy  ?

Manusia A : Ye , muka dia dekat Facebook cantik sangat dekat luar Brrr lain sangat .

Manusia B : Hah ? kalau macam tu aku taknak lah kawan dia lagi . 

 Manusia A : Aku pun dahlah muka edit . Err 

- The End -

Kawan biarlah ikhlas bukan sebaliknya 

~ renung renungkanlah ~
 




<--Older Post