+Follow
Bubble Glitters
Selamat Tinggal Nur Syahirah . ★
Sabtu, 1 Jun 2013, 4:28 PG , 0 Bubbles

Assalamualaikum
                  Hmmm ,dah 15 Hari Arwah Nur Syahirah bt Zakuan Meninggalkan kita semua
            semoga rohnye dicucuri rahmat dan ditempatkn dikalangan org yg beriman...amin..
Al-Fatihah .





Jumaat , 17 Mei 2013 , 8 malam 
* Baru balik dari tuisyen *

Mak : Juuuu ... tadi ada kawan kau call dia kata caca pengsan dekat tempat tuisyen mulut        dia keluar buih buih sekarang dia dekat ICU Klang .

Aku : Apa ni ?  Kenapa ? tiba tiba ? * blur *

* Bunyi Handphone * From Sabrina
Sabrina : Aina ...... kau tahu kan pasal caca ? dia sekarang dekat ICU * sambil nangis nangis *

Aku : Haaa tahu tahu . Dia kenapa sebenarnya ?

Sabrina : Tadi nisa yang call aku dia kata Caca pengsan tiba tiba dekat tempat tuisyen then mulut dia keluar buih buih itu nisa cakap .

Aku : Ohh , dia keracunan makanan kowt . Hmmmm ...

Sabrina : Hmmm... Tak mungkinlah . Kau ingat tak kisah pasal arwah abang dia tu ?

Aku : Hmmm .. tak , aku lupaaa .

Sabrina : Abang dia kan meninggal mulut keluar buih buih jugak ? ingat tak ? aku takut weyy .. aku sayang dia .

Aku : Berdoa je lah . aku pun tak sangka tiba tiba dapat berita mengejut ni .

Sabrina : Hmmm , okay .. kalau kau nak pergi tengok dia cakap tau . Assalamualaikum
Lepas aku letak handphone . Nisa pula call

Nisa : Ainaaaaaaaaa.... kau tahu tak caca pengsan betul betul sebelah aku sandar dekat bahu aku semua benda aku tengok dia masuk hospital doktor check dia ... Ya Allah .. * nangis *

dia pengsan masa nak start belajar. Time tu tengah hulur ubat kat dia then dia terus rebah kat bahu.

Aku : Hmmmm .... Sabar nisaaaaa . Sabrina baru call aku tadi , aku lepas balik tuisyen terus dapat berita macam ni .. sedihnyaaaa ....

Nisa : Ainaaaa , aku nak cerita tapi aku tak boleh tahan nangis ni . Byeeeeee .

Ya Allah , aku betul betul terkejut lepas dapat tahu berita ni macam tak percaya je pagi tadi  time dekat sekolah kiteorang sama sama jawab kertas peperiksaan ekonomi asas tetiba petang dalam pukul 3.30 petang dia pengsan lepastu masuk ICU . Kira kali terakhir aku bercakap dengan dia lepas habis exam sambil tu aku tunjuk lukisan spontan aku yang buruk gila sangat , aku memang tak reti lukis.




Aku : Weyy , cantik tak ? *angkat kening *

Caca : Hahahahah takde keje , Buruk lahhh :p



Pukul 8 lebih Malam , aku capai handphone aku online facebook kowt kowt ada berita baru ke lepastu Nor khamsatun aka Ceam ada post something dekat group kelas . Ceam dapat tahu semua daripada keluarga Caca sebab diorg berjiran .


lepastu ceam , sabrina n nisa bagi cadangan nak melawat caca ajak guru kelas sekali .
dah bincang dengan cikgu , cikgu on je . 

* Bunyi handphone *

Ceam : weyy , aina ! Caca disyaki ada pendarahan otak sebelah kanan . Kemungkinan akan dibawa ke hospital sg buloh .

Aku : Hmmm macam mana nak melawat dia ?

Ceam : cuba bincang dengan cikgu balik .

Aku : cikgu kata tunggu esok ( Sabtu ) tengok macam mana keputusannya . Kalau kritikal sangat kita pergi melawat dia hari ahad .

Ceam : Hmm dia dah kritikal sangat ...
Aku sms sabrina . Aku tanya dia apa puncanya Caca jadi macam tu ? Sabrina kata Dah 5 doktor pakar check tak tahu apa puncanya lepastu check lagi sekali katanya ada pendarahan otak .


Sabtu , 18 Mei 2013 .







 Aku lepas tengok post ceam rasa macam lega seket tapi bila aku tanya ceam macam mana keadaan caca aku ingat caca dah okay lah kan . Ceam kata taktahu .

Lepastu aku tanya kawan aku Intan macam mana keadaan caca dia balas .....





2.30 pagi , Ceam Call .

 Ceam : Aina ...... aku tak main main tau ........ Caca dah takde ...... * nangis sekuat hati *


Aku dalam keadaan nak tidur terus tersedar : Apaaaaaaaa !!! Betul ke ? 

Ceam : Ye ... aina ... Caca dah takde .


Aku terus menangis teruk teruk habis sebab aku tak sempat jumpa dia . Ye lah , esoknya plan nak melawat dia tiba tiba 2.30 pagi tu terus dapat tahu dia dah meninggal :(

Cuba korang bayangkan kawan rapat korang yang bergelak berguling bersama sama bajet buat muka comel poyo tiba tiba hilang dari pandangan korang ? Serious tak sangka dia dah takda .


Ahad , 19 Mei 2013 . 


TAPI

Petanda Masa Arwah Caca Nak Pergi tu ADA .



Seminggu Sebelum Caca Meninggal .


Sabtu , 4 Mei 2013 . Masa Rombongan Pesta Buku .


Caca : Aina aina ... jom temankan aku cari buku sekejap .

Aku : haaa  okay . Amirah ! jom temankan caca .

Cari cari buku , aku pun  tak tahu caca nak cari buku apa sebab aku tahu dia minat Novel remaja je .

Caca : Haaaaaaa ! Aina aku dah jumpa buku yang aku nak tu . Taaaadaaa !! * sambil tunjuk buku yang dia nak beli * Hmmm duit aku sebenarnya tak cukup jadi kena pilih satu je lah .


Antara tajuk tajuk buku yang caca tunjuk dekat aku pasal Syurga , Neraka dan Alam Bakzarh .


Aku & Amirah : Serentak pandang antara satu sama lain . Entah kenapa aku jadi rasa tak sedap hati pula tapi bagi aku hmm biarlah dia nak beli buku macam tu  apa salahnya .

Amirah : Hmmm .. aina kenapa caca pilih buku tu nyee ?

Aku : Aku pun tak tahu lah . Dia selalu suka novel je .

Caca : Buku buku tadi aku dah letak balik hehehe tapi aku betul betul dah jumpa buku yang aku nak beli . Ni dia " Perempuan ke Neraka "

* Tajuk buku tu lebih kurang macam tu *

Aku & Amirah : Huusshhhh !!! * pandang antara satu sama lain lagi * masing masing rasa tak sedap hati . Aku ingat aku sorang je rasa tak sedap hati rupanya Amirah Aqilah pun sama .


Caca : Aku ingat aku nak beli satu buku lagi lah sebab sejak kebelakangan ni hati aku rasa tak tenang .

Aku : Okay , Belilah buku ni Zikir Penenang Hati .

Caca : aku dah ada daaa . Ainaaa.... kau patut beli buku ni pasal perkahwinan .

Aku : Kentut betul , sempat lagi nak kenekan aku . Hahaha .


Selepas balik dari Pesta Buku 


Isnin , Selasa , Rabu , Khamis , Jumaat 

Fuh , betul betul lah aku cakap lepas aku tengok caca beli buku tu . Aku terus rasa tak sedap hati lepastu aku asyik dapat mimpi buruk je .Entah kenapa aku asyik nak pandang Caca jeeee . Aku tengok muka dia memang lain rasa berseri seri ada pucat pun ada nak kata dia pakai bedak takda sebab dia memang cantik semulajadi . Tiba tiba aku rasa cam rindu dekat " someone " aku sempat cerita semua ni masa caca ada .

Sabrina , Nisa , Caca , aku berkumpul . Kira lepak lepak lah bual bual sekejap sementara cikgu tak masuk kelas lagi .

Aku : Weyy , sabrina kenapa aku tiba tiba mimpi kau gugur ? Pelik wey . Sangat sangat .

Sabrina : Hrmmm , aku pun pernah mimpi benda yang sama .

Aku : lepastu Aku rasa rindu dekat ' someone ' tapi tak tahu dekat siapa .

Sabrina dah terangkat angkat kening ingat aku rindu dekat crush aku ke ape . Nisa tersengih  sengih   , Caca pula dia fokus baca buku yang dia baru beli dari pesta buku .

Aku : Eleh , sabrina aku tak rindu dekat mana mana lelaki okay tapi ni lain .

Aku pun cam tertanya tanya lah , ape sebenarnya nak berlaku .

Caca : lepas exam nanti aku bawa buku tafsir mimpi kita baca sama sama ye dekat sekolah .

Aku , nisa , sabrina : Yeay ! okay .


Khamis , 18 Mei 2013 . Dekat Sekolah .

Khamis takde paper . Aku pemalas tak datang sekolah . Sabrina , Nisa n Caca sekolah .
Sabrina n Nisa kata Caca asyik cerita pasal Arwah abangnya je lepastu dia kata Dia Rindu Arwah Abangnya Dia nak cari abangnya lah macam macam dia cerita pasal arwah abangnya . Amirah Aqilah pula kata masa latihan Citrawarna petang , Caca ada kata " JANJI TAU KITA PELAJAR FORM 5 TAKKAN PERNAH TERPISAH " sambil pegang tangan masing masing .




Jumaat , 19 Mei 2013 . Exam Ekonomi Asas .

Aku still nak tengok caca lagi , caca pula senyum je dia pun cakap " Kau kenapa aina ? "
Aku " Takde pape , saje je tengok kau " muka dia berseri seri ke pucat ke aku memang tak tahu bezakan . Aku ingat aku sorang je tiba tiba nak tengok caca rupanya kawan sekelas aku Anis Adrianna pun sama . Anis kata " dia pun tak tahu kenapa sebelum balik dia nak tengok caca dulu " Hmm Anis pun pelik .


Itu Semua Kenangan




      Nisa , Moga kau tabah .
Aku tahu Nur Syahirah bt Zakuan Kawan paling Baik yang pernah kau ada .
Dialah kawan paling setia dengan kau :'(

<--Older Post | Newer Post-->